Donderdag 23 Mei 2013

budidaya ketumbar


Budidaya Ketumbar, Coriander,Coriandrum sativum


Ketumbar adalah pokok herba daripada keluarga parsley.  Daunnya mempunyai rasa berempah dan ia  enak dimasak sebagai ramuan di dalam sup daging.  Anda boleh tanam sendiri menggunakan biji ketumbar. 

Aktifkan Benih
Rendam benih di dalam air suam selama 2 hingga 12 jam untuk aktifkan benih. 

Cara Menanam
Semai biji terus ke dalam tanah atau ke dalam pasu/bekas, sedalam 1.5 hingga 3cm.  Jika ditanam atas tanah, jarakkan kira-kira 15 cm (6 inci).  Biji akan tumbuh dalam masa 2 hari.  Apabila tumbuh, siram selalu untuk mengelakkan tumbuhan dari berbunga ketika pokok masih muda (bolting) tetapi jangan sampai tanah berair kerana ini boleh menyebabkan akar reput.  Jika berbunga (bolting) saiz daun yang dihasilkan kecil.  

Jika anda dibiarkan tanpa memotong, pokok akan tumbuh sehingga hampir 1 meter tinggi dengan bunga yang berwarna putih.

Benih Ketumbar.  Benih ini bewarna kemerahan kerana telah dicelup antikulat oleh pengedar benih.

Anak pokok ketumbar yang ditanam di antara anak pokok selasih dalam patch herba.


Menuai
Potong daun bahagian bawah dan biarkan pokok terus tumbuh.  Anda juga boleh cabut seluruh pokok jika tidak mahu biarkan pokok terus tumbuh.  Bahagian akar juga boleh dimakan.  Sekiranya pokok berbunga, petik biji sebelum ia luruh ke tanah.

Pokok ketumbar, daun, batang, akar dan biji enak dimasak dalam sup dan makanan berempah.

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking